Assalamualaikum..
Aku dah lama tak mengarang..Tapi tah kenapa arini aku rasa nak mengarang..Jadi,aku menaip panjang-panjang pun xguna,korang baca dan fahamilah sendiri..Ini adalah pengertian hidup dan cinta berdasarkan pemikiran dan pengalaman hidup aku..Pada korang,mungkinkah korang ada definisi sendiri,atau korang bersetuju dengan aku??
"Hidup bagaikan menaiki roller coaster,kadangkala keatas,kadangkala kebawah,dan sebab itu ia memeningkan kepala kita.Tapi sebenarnya,sedarkah anda bahawa kita bagaikan pembina landasan roller coaster itu.Kita berkuasa menentukan kemana arah pergerakan roller coaster itu dengan landasan yang kita bina.Sekali kita salah mengatur kehidupan,ibarat kita silap mengatur kedudukan landasan atau tak menyiapkannya.Kemalangan boleh berlaku,dan ianya boleh menyebabkan kecederaan atau kemusnahan.Tapi,dengan landasan yang sempurna dan betul,kita dapat menamatkan perjalanan roller coaster tersebut dengan selamat dan hakikatnya kita mampu mengubah kehidupan kita menjadi sempurna dari masa ke masa..."
"Cinta ibarat mendaki gunung yang berbatu dan penuh likuan.Apabila kita mengejar cinta,ibarat kita mendaki cenuram yang penuh dengan batuan.Apabila terdapat pertengkaran dan kita bergaduh,ibarat kita tergelincir ketika mendaki,dan terdapat luka-luka kecil akibat batuan yang tajam dari cenuram itu.Walaupun luka-luka itu kelihatan kecil,ia tetap akan memberikan kesan pada diri kita.DAn apabila hubungan ituterputus,ibarat kita terjatuh dari cenuram itu dan mendapat kecederaan parah dimana luka itu mungkin boleh disenbuhkantapi tetap akan meningalkan parut dan ada kalanya,ia boleh menbunuh hati dan perasaan,serta diri kita sendiri.."
Kesimpulannya,berhati-hatilah dalam membina kehidupan dan mencari cinta..Kerana dua-duanya boleh menceriakan kita,dan jikalau tersilap langkah,ia juga boleh membahayakan diri kita sendiri..
Untuk renungan semua,
Insan Kesepian @ m@nUs!@_b!@s@...


